Friday 1 May 2015

Spaghetti Bolognese Meatball

Meh.  Nak share simple recipe bolognese.
Cepat mudah yummmmyyyy......

Sediakan bahan2 dolu

Spagetti - rebus dlm air mendidih. Campurkan sedikit minyak n garam.
Rebus sampai lembut dan toskan.

Sos bolognese Prego - tin. Sbb lebeh murah. Hehe
Setengah biji bawang besar - cincang lumat
1 ulas bawang putih - cincang lumat
Blackpepper
Daging ayam kisar
Cendawan butang - potong 4
Meatball atau chicken ball - banyak2.

Tumis bawang sampai naik bau.. masukan sos bolognese, dan campak semua bahan lain sehingga mendidih. Masukkan sedikit blackpaper.
Kecilkan api.. tunggu sampai bahan2 tadi masak.

SIAP!!!!



Ni feberet brand sy pada ketika ini.





Tapau untuk share the great taste with my officemate.

Thursday 23 April 2015

Short Vacation - LEGOLAND MALAYSIA

Sejak awal tahun lepas, Aryan request nak ke Legoland. Waduh.. poket macam nak demam. Yg bagusnye, Me n Mr John ambil kesempatan supaya Aryan behave. Notti sket je, ugut takmo bwk ke sana.
So last week, kami tekad bawak juge budak ni ke percutian impian. Awal2 da request nak beli lego banyak2. Aik? Ingt bole beli sehinggit due?
Mr John n Me memang tak suke ke tempat sesak. So, kami decided ke sana on weekdays. Bertolak seawal pukul 9 (err... bg kami, awal la tuh).
Budget utk cuti 3d2n kami kali ni.. RM2500. Huwaaa... demi nak stay 1 night kat LL Hotel. 2nd night, usaha cari buget hotel.
Rasanye takyah la citer pnjg lebar pasal hotel n themepark tu. Ramai bolgger dah awal2 share kan?
So, me nak share sikit tips. Hehe.. tips kunun....
Kami stay kat LL Hotel 1 mlm. Sbb takmo beli combo ticket, disarankan firstday tu, lepak2 lobby je. Byk lego block n ade xbox utk entertain anak2. Bole mandi kat pool juge.

Kalu ada Maybank Card, sile bayar gune kad tu erk. Ada promo discont 35%. Lebeh murah dari beli guna rege Mykad.
Makan puas2 sebelum masok TP. Makanan kat dalam tu mahal. Tak berbaloi kot. Bwk la snack sket.  Diorg tak check bag.
Bwk payung n cap. Cuaca selalunye panas.. kekadang panassss giler.. tetibe ujan plak..  aiks??

Share gambar sikit yer..












Wednesday 22 April 2015

Sofa oh sofa

Dah 2 tahun John, Aryan n Me pindah masuk ke rumah baru.  Masih ingat lagi.. checklist kami untuk perabot and kelengkapan rumah. Basic needs je. Unfortunately.. sampai sekarang, masih ada 2 major item belom kami beli.
Sofa n Jam dinding.

Sebelum raya tahun ni.. Me tekad nak bawa masuk 2 seater leather sofa. (2 seater je kot)  hutang ke.. gadai emas ke... tak peduli!! Mesti ada sofa for raya....!!

Tuesday 17 February 2015

Pengeluaran KWSP untuk ansuran rumah

Nak share sikit, cara buat pengeluaran KWSP untuk buat ansuran pinjaman perumahan.

1.  Minta bank keluarkan penyata hutang semasa korang. Simple je. Pi je bank, beritahu nak withdraw epf bayar instalment. Diorg akan suruh isi form. Loan owner je boleh pi apply yerk. Bank akan call bile statement tu dah siap. Selalunye within 2 weeks time.

2. Bawa penyata tu pi KWSP terdekat. Bawa IC jer intuk verify cap jari. Form tidak diperlukan.

Diorg akan beri korang 2 option.
Bayar ansuran bulanan ke dalam akaun pilihan korang. Korang boleh abeskan semua simpanan dalan akaun 2. Tapi, kene make sure boleh cover at least 6 kali ansuran... minimum.
Atau buat lumpsump payment kepada bank.

Saya pi KWSP di Klang.
Takyah tunggu giliran lelama. Staff sangat friendly.  4 hari lepas apply, duit untuk first installment dah ada dalam saving account saya.

Guna dulu utk shopping.. yeahoo..

Monday 16 February 2015

Beguk ke?

Petang Selasa last week, tetiba Intan Payung nagis2 sakit kat pipi..
Baru kami sedar ada benjolan kat area pipi, dekat dengan telinga. 

Doctor pun tak sure, tu beguk atau bukan. Sebab beguk biasanya datang dengan demam.  Intan Payung tak demam pon?
Since dah jumpe doctor, die cuma prescribe Paracetamol ==> beguk takde specific medication yerk.
Bahagialah si kecik, dapat MC 3 hari. Postkan die terus ke umah nenek atok..

Traditionally, mak apak kita dulu akan sapukan nila campur cuka jer, untuk kurangkan rengsa kat area beguk tu. 

Tataaa